
Di rembang senja ni ummie nak cerita pasal bagaimana membuat stok susu semasa cuti berpantang. Ada kalanya si kecil yang memang hari2 digeget kerana geram itu ingin bergaut sepanjang hari. Ada kalanya beliau tidur seenaknya. Owh, untung jadi si kecil, kan?
Gambar di atas adalah anak saudara ummie yg baru 10 hari menjenguk dunia. Welcome adik! Dengan berat 3.3 kg dan kini sudah tembun. Hihhii... Adik, nanti jumpa ummie geget ya.
Ok, kembali kepada tajuk. Selalunya persoalan yang wujud adalah :
1- Bila mula mengepam/ mengumpul stok?
Ibu, sebaik sahaja penyusuan ibu dan bayi sudah ok, pengumpulan susu boleh dimulakan. Kerana biasanya bengkak susu selalu terjadi dalam tempoh berpantang dan adalah lebih baik kita mengeluarkan susu untuk mengurangkannya.
Elak baju anda basah! Bila susu selalu dikeluarkan, ia boleh mengelakkan baju yang dipakai terpaksa diganti kerana basah dan ia juga boleh mengelakkan bau masam. Hihhi
2- Bagaimana menyimpan stok susu?
Selepas mengepam, ibu boleh menyimpannya di dalam botol, plastik simpan susu dan sebagainya selagi ia selamat untuk susu.
Susu perahan boleh dibekukan dalam peti ais 2 pintu dan ia tahan selama 3 bulan. Lama, kan? Kalau ada deep freezer, ia boleh disimpan selama 6 bulan. Sebab itulah ada orang beli deep freezer sebab nak kumpul stok. Kononnya, mahu bersalin setiap tahun dan stok boleh digunakan bila susu merundum. Oh ohhh..:D
3- Bagaimana mengumpul stok sekiranya anak kerap menyusu?
Antara tips yang baik adalah pam semasa anak anda sedang minum, pam juga semasa si manja itu lena tidur. Stimulasi yang lebih akan berlaku dan ransangan akan dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu sekiranya isyarat pegeluaran susu diberikan.
4- Bagaimana membawa hasil perahan pulang ke rumah?
Untuk soalan no 4 ni, saya berikan tipsnya di lain entry ya. Selamat mengepam!

0 comments:
Post a Comment