Sedang asyik drive, teringat kenangan masa kecik2 dulu. Bermula dengan jual nasi lemak yang Ma buat di sekolah masa darjah 3, kemudian besar sket duk menguli untuk buat kuih dan jual pada kawan2 sekolah.. Masa ni dalam darjah 6 kalau tak silap. Bila ingat-ingat balik, memang masa tu suka nak menjual. Mungkin sebab tengok atuk yang ada kedai runcit dan tengok abah yang kuat kerja siang malam.
Masa tunggu SPM, rutin setiap Jumaat adalah tolong abah di pasar tani. Cuba teka buat apa?
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
Jual Ikan. Yes!! Jual ikan. Masa tu baru belajar nama2 ikan bebetul. Ngeri kalau tersalah bagitahu pelanggan abah nama dan harga yang salah. Pagi-pagi sampai kat pasar tani, tolong abah buka payung. Tolong tengok la tapinya sebab payung tu berat. Abah tak kasi buat. Bila dah pasang meja, start angkut ikan dari dalam tong naik atas meja. Haa..... Jual jual jual. Yang paling tidak boleh lupa, masa nak angkut ikan-ikan dalam air sejuk yang banyak air batu. Ha, bayangkan kita minum air sirap limau ais tu.. kalau penuh air batu, sejuk, kan? Ni lagi sejuk sebab kena celup tangan dalam air tu dan keluarkan ikan di dasar tong (ni bila dah tengahari sket la).. Sejuk weih!
Rindu kenangan itu!

2 comments:
along... nk main kutu cd.. ade lagi tak? hihihihi
wah wah.... dah pregnantkah??? hooooo
Post a Comment