Ummi tetiba sebak membaca akhirn entri ini. Terus terjah blog dan menyapu sawng sawangan.
Anak-anak,
Sungguh, kalian akan berada di hati ummi sehingga akhir hayat ini
Sungguh juga kalian berada sebaris, semua ummi sayang, semua ummi centa
Di sini akan cuba ummi nukilkan sesuatu untuk kalian. Mana mungkin ummi melupakan setiap detik yang telah berlalu, tapi sekurang-kurangnya boleh kalian rujuk bila rindukan ummi suatu ketika nanti, kan?
Anak-anak,
Kaletah kalian berbeza, namun sangat menghiburkan. Zafran, manis bila senyum. Cumil bila bersembang, tulus bila memandang. Zahra, owh.. suara kamu paling kuat bila menangis, namum ada irama sendiri yang buat ummi gelak... ababbaabaa,.. tatatattaa.. uuwaaaa.. terus piching tinggi. Zuhayr, kamu memang lucu. Pandai makan, pandai main, tgk tv, kamu juara.
Alhamdulillah, Zafran akan berusia 4 tahun pada bulan 8 ini dan akan mengalami satu lagi fasa di minggu depan. Ummi risau, tapi itu keperluan. Sabar dan bertahan ya nak...
Zahra, si gadis manis yang sungguh suka bergaya. Pandai pilih accessori rambut mana yang mahu dipakai. Siap minta balik kalau ada orang lain yang memakainya.
Zuhayr, sangat pandai main. Berjalan di usia 10 bulan. Makan apa sahaja yag disuap. Tengok tv sampai lentok.... iskh...
IKutkan hati, sekarnag ummi mahu terbang pulang dan peluk semuanya. Tunggu, ya!

1 comments:
haza,
zafran nak tempuh fasa apa minggu depan ya?
Post a Comment