Rugi sebenarnya bila skip pumping session. Memang nampak macam best sebab sekali harung dapat 20oz. Tapi ada beberapa issue yang nak kena selidik...
Memula ummi nak cerita pasal susu awal dan susu akhir. Nampak kan, gambar susu di atas, walau pun kedua Suri Storage bag itu mengandungi hasil perahan sessi petang, namun warna nya adalah berlainan. Yang sebelah kanan (12oz) warnanya lebih kehijauan. INi adalah susu awal atau lebih dikenali sebagai fore milk. Yang sebelah kiri (8oz) warna lebih creamy... kekuningan. Inilah susu akhir atau juga dikenali sebagai hind milk/susu belakang.
Susu awalan adalah susu yang lebih mengandungi air.... dan yang akan membuatkan bayi bebetul kenyang adalah apabila susu akhir diminum. jadi, adalah penting untuk ibu mengosongkan breast satu demi satu supaya kedua2 bahagian susu ini diminum oleh bayi.
Bab skip pumping session. Nampak macam dapat banyak bila pam hanya 2 kali (biasanya 3-4 kali sehari). Tapi sebenarnya ummi rugi. Kalau pam 3 kali dan dapat 12 oz persession, ummi dah bawa balik 36oz per day. Tapi bila skip, walaupun 2nd session tu dapat 20 oz, ummi hanya membawa pulang 32oz hari ni. Yang lebih tak best, sekiranya Ummi mengekalkan pumping 2 kali sehari, badan akan mendapat signal bahawa susu tidak diperlukan dengan banyak. Production akan slowly merundum.. Hohoho.... So, jangan culas mengepam!
Moh kita pump!


5 comments:
baiklah cikgu.. saya berjanji tak akan culas ngepam....hihi
bestnyer bnyk susu.. la ni bb kita baru sebulan, bila pam 2-2 belah breast lepas 3 jam paling banyak bley dapat 5oz je. camno nak banyakkan lagi susu nih?
terujanya tgk skali pam dpt 20oz.. meriahkan.. saya slalu skali pam bleh dpt 12oz.. bl tgk ader org pam bleh dpt 20oz, teruja btul tgk.. hehehe alhamdulillah rezki anak kan..
alhamdulillah.... cikwawi dearie... sebulan kan bb masih ngan cikwawi... 5 oz 3 jam tu banyak,tau... Tips : pams setiap kali selepas menyusu ya... dalam 10 minit
nursalwa.. sekali pam dapat 12oz itu pun byk.. susu ini dapat 20oz sbb untuk 2 anaks...
Jom kita doa supaya murah rezki.... sesama dapat nyusu sampai 2 tahun ya....
Ya Allah seronoknya..angah paling banyak pun dapat 10oz je sekali ngepam waktu pagi.. sejak anak sulung sampai la no 3 nih..
Alhamdulillah masih cukup untuk menampung keperluan sampai 2 tahun.
boleh share petua banyakkan susu..thanx
Post a Comment