Q1. Susu tu brp lm blh tahan kat dlm freezer? Sy keliru sbb ada version sy bc smpai 3 bln ada yg 6 bln
Q2. Ms sy perah sy x rs susu ibu bau hamisnya kuat..lps sejuk beku saya cb ambil 1 bekas & defroz utk cuba bg ank sy bljr minum dlm botol and sy dapati susu tu baunya hamis.mmg cmtu ke?
Q4. Bila sy try bg ank sy susu defrozen dlm botol ank sy xnk minum..sy cuba pump susu lain dlm, masukkan dlm botol then bg kt ank saya dia minum..kenapa ya? Apakh agknya sbb dia xnk.susu sy penuh freezer kalo dia xnk sygla..and sy risau takut dia xcukup susu nnt if asyik nk susu fresh je..
------ Semoga apa yang ditaip boleh membantu, ya.
Thursday, January 20, 2011
Susu Beku
Posted by
Haza
at
12:48 PM
Ada ibu yang bertanya dan saya yakin ibu ini mahukan jawapan yang cepat. FB saya ntah kenapa dari tadi rodanya duk berpusing... Hang di situ. Jadi, saya jawab di sini ya. Pendapatan saya dalam tulisan biru:
"slm aza,.saya ada simpan stok susu perahan since 1st day anak sy lahir 13hb nov 2010.hari2 sy perah sbb susu sy byk.sy cuti 3bln & hanya akn mula kerja slps cuti raya cina.so, sy ada beberapa kemusykilan yg peukan jwpn & pndpt.. "
Susu ibu tahan 3 bulan di bahagian beku bagi peti sejuk 2 pintu. Manakala bagi deep freezer (peti sejuk beku yang empat segi) susu akan tahan selama 6 bulan.
Susu beku yang dicairkan biasanya ada bau hamis tu. Ia boleh diberikan pada bayi untuk disusukan. Tiada masalah.
Q3. Cmne kita nk identify sma ada susu simpan masih elok @ xelok. Adakah bau hamis tnda susu dh xelok?
Cara untuk memastikan susu masih elok dan boleh diberikan pada bayi:
1- Susu tidak expired (Elakkan untuk memberikan susu yang telah lebih tarikh)
2- Rasa susu tidak masam
Ada bayi yang menolak untuk minum susu beku yang dicairkan. Latihan awal perlu diberikan sebelum ibu kembali bekerja. Sekiranya anak menolak untuk meminum susu yang dibekukan, check list berikut boleh disemak:
1- Pastikan bahan mentah seperti ikan, daging dan sebagainya di pack dengan baik
2- Suamkan susu yang telah dicairkan sehingga mencapai suhu yang betul (ada anak yang suka suam macam minum direct dari ibu)
3- Semasa membekalkan susu sewaktu bekerja, sebotol atau 2 botol susu beku boleh dibekalkan untuk diselang dengan susu fresh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Nak tambah.. tapi macam panjang nak komen... hehe...
Ekekek.. sila sila......
Post a Comment