Monday, February 15, 2010

Diet semasa berpantang

Pepagi ku jalan ke sana ke mari.. tup2 singgah di sini dan jumpa ini:

PEMAKANAN ATAU DIET SELAMA 44 HARI
1. Boleh makan buah2 seperti Epal merah, Oren manis, Kurma, Zaitun, buah Tin, Delima, Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jgn berlebihan,boleh sebabkan batuk)
2. Jus epal, blackcurrant, peach dan sirap. Minuman berkhasiat sperti susu, soya bean, Horlick, Milo.
3. Gunakan gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah
4. Sayur2: pegaga, lemuni, daun dan bunga kunyit, brokoli, Daun pudina, daun kari, lobak merah, tomato biji, asparagus, salad, capsicum, cili merah, bawang dan kentang
5. nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spageti, pasta dan makaroni
6. Ikan segar seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal hitam dan senangin.
7. bijirin: gandum, oats, corn flakes, bran, Muesli, beras merah perang, kismis kuning dan hitam, kacang soya (tauhu, tempe, tofu), badam, walnut, gajus, bijan, roti putih, roti wholemeal/wholegrains
8. roti canai, tosei, roti puri dan kari.

MAKANAN YANG PERLU DIJAUHI DALAM PANTANG
1 Ikan berbisa seperti terubuk, pari, kembung, sembilang, tongkol, parang dan seafood yg lain = menyebabkan luka2 dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dgn cepat. menyebabkan infeksi kuman yg membawa kegatalan.
2. Dilarang makan ikan masin ketika dalam pantang kerana menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat ekring serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mental
3. dilarang makan sayuran menjalar dan sejuk, minuman bergas dan tajam sperti tebu, cincau, nenas, air kelapa muda, jambu, belimbing, durian belanda, mangga dan betik - menyebabkan masalah tulang, sejuk otot dan sendi.

Masa ku dalam pantang dulu alhamdulillah.. ma tersayang tak banyak pantang larang... Air boleh minum sebanyak mana yang ku mahu.. horlick..milo.. bandung..soya jadik minuman utama... Sayur... ma siap masakkan lobak putih (yang ma tak pernah masak pon selama ni).. pastu kailan. sawi... erm.. apa lagi.. lada hitam mmg menjadi santapan utama.. hehhe.. awal2 mkn sedap la.. tapi kalo dah 40 hari... ekekke.. sendiri mahu ingat...

Tips ibu menyusu:
1- Jangan hadkan pengambilan air.. minum air sikit2 tapi kerap... cecair badan yang hilang semasa penyusuan haruslah berganti
2- Makan makanan dan sayuran yang boleh banyakkan susu....
3- Pam 15 minit (bersambung) selepas bayi menamatkan penyusuan untuk mewujudkan demand yang lebih
4- Sekiranya bayi tidur lama, kejutkan bayi untuk menyusu... atau pam susu dan kosongkan breast...

*** Ummi ngantuk den tidur yang tak keruan...

5 comments:

Cerita Cici said...

Wahhh, akan ci ikut petua2 berguna ni...hehehehe...

# dear, ci due bulan 10....lambat lagi....huhuhu

Unknown said...

dulu ms 1st baby sy kena makan ikan bilis grg tumbuk ngan lada hitam with nasi panas..my MIL yg buatkan, huhu, tahan seminggu je..bila my MIL balik, dah tak makan gitu..

aini aziz said...

haza..best n good info for all mothers..bile nak ade aktiviti turun padang utk peer to peer counselor..tak sabo la nak beraktiviti..kekekek..

feel free visit to http://bondaadhamoment.blogspot.com

k.mieja said...

zafran dah nak dpt adik ker?

haza said...

cici.. tahniah ya...leh tandem nanti

sirna.. mmg kalo lada hitam tu awai2 sedap la.. kalo dah masuk minggu kedua.. penin..heheh

aini...ekek.. sama2 kita sharing caring

k mieja.. zafran nye adik keluar bualn 5... hehehehhe