Tuesday, December 22, 2009

Setengah hari di rumah...

Minggu lepas ku cuti sehari .. setengah hari ke klinik untuk check si adik in tummy.. setengah hari lagi di rumah.... Zafran?? Ummi dengan baik hatinya hantar dia ke nursery sebab perlu melangsaikan beberapa perkara....

Alhamdulillah.. adik in tummy ok.. Mula2 gerun juga sbb nurse tak jumpa heart beep baby bila guna ultrasound.. Then ku bleh tarik napas lega bila nampak segalanya (idak ler segala nya.. baru 17 minggu kan...) masa puan duktur scan. Oleh kerna ku ke klinik kerajaan.. mmg ambil masa yang agak lama. Kenapa?

1- Orang ramai bangat
2- Tak cukup bilik
3- Kakitangan pon tak cukup... mengah2 ku lihat nurse dan duktur.. tapi masih ada senyuman di situ

Minggu ke 17 . Apa perubahan diri kita? Apa perkembangan baby?

Untuk ibu... byk bahagian diri yang akan berubah dari biasa.. breast akan bersiap sedia untuk buka kilang.. Ia akan membesar... puting jua berubah menjadi semakin lembut di sepanjang kehamilan... menakjubkan kan?
Allah dah buat semuanya indah. So ibu2... meh pasang niat menyusu.. dah bulih pasang dan gali ilmu banyak2... Kuku, kulit pon sedikit sebanyak berubah.. Dah perut pon nak membesar kan.. So kulit pon akan slowly menegang dan merekah. Tapi bab rekahan ni tak terjadi pada semua ibu. Ada juga ibu2 yang mengalami kegatalan .. terutamanya pada perut.. (haa.. dah start la nak menggaru2). Tapi adalah dinasihatkan untuk tidak digaru..sapu2 saje... kalo tak tahan..ambil tuala basah dan lap..ia akan melegakan anda...

Untuk baby in tummy.... si manja anda dah mula bergerak2.. boleh rasa? Tak juga.. especially pada ibu yang baru pregnant anak pertama. Kalau anak kedua dan seterusnya dah leh rasa dah sket2. Baby juga dah boleh mendengar apa yg terjadi di luar sinun. So kalo agak2 nak gaduh ngan cik abang sayang....slow2 ya.. ekekekkeke.... Tak pon pakai tulis kat kertas lah! haahaa.. But.. baby dapat rasa apa yang ibu rasa...

Haa.. kisah di petang hari.. dah balik dari klinik.. p pasar (apa la p pasar petang2..ado ke lauk eh?).. beli pape yang patut.. SMS adik2 hari ni makan mlm kat umah kak long jek.. Kak long masak sempena tak kerja.. ekekeke... Balik umah..buka laptop.. intai apa2 yang patut.. sembang mesyuarat tingkap... sambil tgk tv (wah.. bersenang lenang ya.. Zafran tak amik??hehheehe). Ummi tak a mik zafran sbb nak kemas rumah dan nak fokus.. sbb masa yang ummi ada tak byk.. Tak mudah jua duduk di rumah walau pon separuh hari.. Mana nak reply sms.. nak reply ym (sapo suh bukak laptop?)..nak reply email.. then email sana situ sini sinun... nak bersilat kat dapur.. wah wah.... Camno WHAM bahagi tugas ya? ayyo...

Tapi alhamdulillah... akhirnya semua siap..umah dah kemas... nasi n lauk pauk dah masak.. email dah reply.. then amik Zafran dan main bersungguh2.. Barulah fokus.. Bak kata orang, guna kualiti masa yang kita ada dengan anak tu sebaiknya... :D

p/s: Lately tiada entry berganbar sbb ku tak jumpo kabel nak transfer gambar..al maklum..pakai henpon ajer....

0 comments: