CD Beratur??WAh wah, cd masuk baris kah? Hehhe.. ye benar! CD masuk baris di hujung minggu... Kalo tak percaya.. jom tgk ni:
Ni barisan belakang
Hari ni ku nak cerita bab basuh membasuh cd. Ada beberapa istilah yang biasa digunakan iaitu PREWASH, DRY PAIL, STRIP WASH.
PREWASH (Pra basuhan):
1- Ini adalah basuhan pertama apabila anda baru membeli cd. Kiranya acara mandi bunga la... Perasmian untuk digunakan.
2- Caranya adalah.. basuh dan jemur sebanyak 3 kali. Sila basuh jemur.. basuh jemur..basuh jemur ya dear
3- Untuk material HEMP, basuhan secara berasingan perlu dilakukan. Hemp perlu diasingkan dari CD/insert material lain semasa Prewash.
4- HEMP juga perlu di prewash kan dengan air panas.
5- Bagi material microfiber..memadai basuh macam biasa
DRY PAIL SYSTEM
1- Sebenarnya ada Wet pail, Dry Pail tapi ku pakai 1 jek baldinya
2- Balik dari nursery..bilas sket Cd yg telah digunakan. Then masuk dalam 1 baldi TANPA AIR
3- Kumpul sampai hari pembasuhan.
4- Sekali gus basuh semua sekali dan masukkan CD dalam barisan di atas (jemur di ampaian)
STRIP WASH
1- Sepanjang ku bercd ni..ada 2 kali baru ku buat strip wash (ku dah bercd 13 bulan..alhamdulillah)
2- Strip wash dibuat apabila mendapati Cd mula leaking (ni disebabkan lapisan minyak dalam najis bayi.. lama2 berkumpul dan membentuk lapisan pada cd)
3- Basuh cd satu persatu menggunakan sabun basuh pinggan , contohnya sunlight.
4- letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2 sket..:D
5- Bilas then ku masuk mesin kasi bilas.
6- Bilasan terakhir ku letakkan sedikit soda bikarbonat. Fungsinya adalah untuk mengembalikan keputihan Cd.
7- setelah ku buat strip wash... maslah leaking dapat di atasi.
8- Perhatian ya tuan puan.. strip wash ni hanya dilakukan sekali sekala sahaja. Tak baik untuk kesihatan CD kalo dilakukan terlalu kerap.
Sekian, terima kasih
eh jap.. ku nak buat iklan untuk model2 cilik
Lunatots mencari model untuk column di Pa&Ma keluaran July
Syarat-syarat penyertaan ialah :
- Anda adalah pelanggan Lunatots (pernah membeli apa apa di Lunatots.com)
- Atau sudah membeli Lunatots Cloth Diaper daripada mana mana reseller Lunatots
- Bayi anda berusia 3-4 bulan (pada May 2009)
- Letakkan step anda memakaikan Lunatots Cloth Diaper sahaja kepada bayi anda di dalam blog anda
dan
tinggalkan url blog anda di bahagian komen entri ini - Saya akan memberitahu keputusannya pada minggu ini juga
- Shooting di Karangkraf Shah Alam akan diadakan pada 11 May 2009 (Isnin Minggu hadapan)
Inilah peluang utk si kecil anda bergaya dengan Lunatots Cloth Diaper secara komersial!

3 comments:
wah..haza, dapat satu petua bagus la... yg soda bikarbonat tu.. tak sabar nak men-cd kan bb pulak! la ni concentrate bf dulu..
heheh .. satu2 ya dear.. all the best
penuh ampai da!
Post a Comment