Saturday, April 04, 2009

Tips Cinta Suami Isteri



 * Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
 berpisah ke tempat kerja masing-masing. 
 
 * Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
 luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan
 ciuman di bibir. 
 
 * Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
 menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
 untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 
 
 * Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
 sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
 perbualan di telefon dan sebelum tidur. 
 
 * Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama
 kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari
 berkerja. 
 
 * Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas
 pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi
 peluang pasangan meluahkan perasaan. 
 
 * Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu
 rumah tangga hinggalah politik
 semasa sebelum tidur. 
 
 * Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
 jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun
 apatah lagi berhari-hari. 
 
 * Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
 mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang
 penting ada berada disisi. 
 
 * Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
 berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah
 satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang
 
 * Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
 bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 
 
 * Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta
 tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau
 minuman isteri atau suami. 
 
 * Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad
 untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi
 atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 
 
 * Senda gurau dalam rumah tangga
 amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki
 atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 
 
 * Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah
 payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras
 menyara keluarga. 
 
 * Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
 untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 
 
 * Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
 berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 
 
 * Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang
 baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan
 memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 
 
 * Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
 sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai
 titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan
 malu
 

0 comments: