Wednesday, November 14, 2007

Muhammad Zafran Naufal


Lama tak mengupdate blog.
Sedar tak sedar Muhammad Zafran Naufal dah 3 bulan.. sekejap jek.
Tanggal 5 Ogos 2007, jam 7.22pm, buah hati pengikat kasih akoo dan hubby dilahirkan.
Pagi tu around 5.30 kak long (kakak hubby) call.. Bapa saudara dah meninggal. So niat hati mmg nak balik bahau. Tup2 turun tanda... Akoo ngan machonya kabo ngan hubby .. singgah Hosp Putrajaya dulu. Check.. Takut gak kan.

Sampai jek kat hosp. diorang check bukaan baru 1cm. Tapi cam biasa la.. kompom kena tahan masuk wad. Nak dijadikan cerita, wad penuh. Menjelang kol 2 lebih baru akoo leh masuk wad.. huhhhuuu...

Pukul 5.30 tgh tgk citer sembilu.. contraction makin kuat... Pi check.. bukaan baru 3cm. Then dr nak pecahkan air ketuban.. Alhamdulillah, belom sempat dr pecahkan.. ketuban dah pecah sendiri. Pastu naik kusi roda, ditolak ke labour room..

Bila sakit makin kerap, dr check lagik.. bukaan 5cm. Tapi degupan jantung baby dah lemah.. huhhuu.. perasaan akoo tuhan jek yg tahu.Dr buatla apa saja.. asal anak ku selamat.

Dipendekkan cerita.. kol 7.22pm anak lelakiku selamat dilahirkan dengan berat 1.78kg. Nurse kata.. "mudah awak bersalin" urghh.. kalo setara akoo mudah.. yg tak mudah itu bagai mana?? Rasa sakit semua hilang bila melihat wajah si kecil. Dr amik baby.. letak atas dada akoo.. Kecikk jek.. Subhanallah.... Alhamdulillah.....

0 comments: